fbpx

Terengganu haramkan ajaran Mhd. Mohib Khouli Nazem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mhd. Mohib.

KUALA TERENGGANU – Jawatankuasa Fatwa Terengganu memutuskan ajaran dan fahaman yang dibawa oleh seorang lelaki, Mhd. Mohib Khouli Nazem dari Syria sesat dan haram diikuti umat Islam kerana bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mufti Terengganu, Datuk Dr. Mohamad Sabri Haron berkata, keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali ke-15 bersidang pada 30 Ogos lalu.

Beliau berkata, ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem adalah sesat lagi menyesatkan dan bercanggah dengan tonggak akidah Islam yang diyakini oleh ulama’ al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah.

“Ciri-ciri penyelewengan ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem termasuk mendakwa Allah Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu dan oleh sebab itu, jika Allah menghendaki mengadakan anak untuk diriNya, Dia Maha Berkuasa menciptanya.

“Dakwaan ini merosakkan pegangan akidah masyarakat Islam kerana memahami bahawa Allah harus mempunyai anak, sedangkan adalah jelas bahawa mustahil Allah mempunyai anak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mhd. Mohib Khouli Nazem yang berkerakyatan Syria kini menetap di negara ini setelah berkahwin dengan rakyat tempatan.

Beliau sebelum ini sering membuat siaran secara langsung di Facebook dan menyampaikan ceramahnya kepada orang ramai.

Mohamad Sabri berkata, ajaran Mhd. Mohib Khouli Nazem merupakan fahaman ektremis agama atau golongan pelampau atau ghuluw yang boleh mengancam keselamatan negara.

Beliau menggesa mereka yang mempercayai, mengajar, belajar, menyebarkan atau mengamalkan ajaran itu juga wajib segera bertaubat kepada Allah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI