fbpx

Tangan kanan wanita hancur tersangkut dalam mesin pengisar daging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang mengeluarkan pergelangan tangan kanan mangsa yang tersangkut pada mesin mengisar daging di Hospital Kemaman semalam.

KEMAMAN – Seorang peniaga burger terpaksa menahan kesakitan lebih sejam selepas tangannya tersepit dalam mesin pengisar daging di rumahnya di Kerteh di sini semalam.

Pergelangan tangan kanan wanita berusia 31 tahun berkenaan putus dalam kejadian pada pada kira-kira pukul 3.30 petang itu.

Sewaktu kejadian, mangsa dikatakan sedang memproses daging burger sebelum sarung tangan getah dipakainya tersangkut pada bilah mesin terbabit.

Suami wanita itu yang menyedari insiden berkenaan segera membawa isterinya yang masih tersangkut pada mesin pengisar daging berkenaan ke Hospital Kemaman di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mohd. Zailani Abdullah berkata,
pihaknya bergegas ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman sebaik menerima maklumat tersebut pada pukul 4.42 petang.

“Kami menerima panggilan daripada pegawai perubatan hospital itu untuk membantu menanggalkan tangan mangsa daripada mesin pengisar daging berkenaan.

“Operasi mengeluarkan tangannya dilakukan dengan menggunakan playar bagi meleraikan mesin pengisar terbabit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Zailani berkata, operasi terbabit memakan masa hampir 30 minit dan kesemua jari tangan kanan mangsa didapati telah hancur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI