fbpx

Suhaimi Saad satu kehilangan besar, sahabat selama-lamanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEMAN seperjuangan dunia nasyid menyifatkan pemergian Suhaimi sebagai satu kehilangan besar buat industri. Selama-lamanya Suhaimi akan diingati sebagai sahabat yang baik dan tidak suka menyusahkan orang lain.

JOHOR BAHRU – Pemergian bekas ahli kumpulan In-Team, Mohd Suhaimi Saad yang dijemput Ilahi akibat komplikasi paru-paru disifatkan sebagai satu kehilangan besar terutama dalam industri muzik nasyid.

Anggota In-Team, Abdul Rahim Osman, 43, berkata, ini disebabkan bakat serta kebolehan Allahyarham selain peribadinya yang amat disenangi ramai.

“Macam mana sekali pun dialah sahabat kami. Orang yang pertama dalam In-Team bahkan saya tak ada ketika itu tahun 2000 sampai 2005 sampai kami habis kontrak. Suhaimi adalah susuk yang sangat sinonim dengan In-Team lah. Sahabat selamanya, insya-Allah

“Saya sempat melawat arwah dua kali semalam di HSI (Hospital Sultan Ismail) di sini dan dia kelihatan uzur. Kali terakhir kami berbual 10 hari lepas,” katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik HSI pada malam semalam.

Sementara itu, anggota kumpulan Hijjaz, Isman Nadim Isam pula berkata, arwah seorang yang sangat baik dan tidak suka menyusahkan rakan-rakan.

“Dia ni memang tak suka susahkan orang dan seorang yang sangat positif, selalu datang rumah saya bersama isteri dan anak-anaknya. Pemergiannya satu kehilangan besar,” katanya.

Mohd Suhaimi menghabuskan nafas terakhir pada pukul 7.40 malam semalam di HSI akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan khabar duka itu dikongsi Presiden Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia), Razin Mestica menerusi akaun Facebook rasmi majlis berkenaan.

Suhaimi berkahwin dengan Nordiana Mohd Naim, 39, pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Sallman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.

Allahyarham, 43, dimasukkan ke Hospital Kota Tinggi sejak Jumaat dan ditidurkan sebelum dirujuk ke HSI empat hari lalu.

Jenazah Suhaimi dimandi dan dikafankan di Jabatan Perubatan Forensik HSI sebelum dibawa pulang ke Kota Tinggi pada pukul 11.15 malam Rabu.

Lebih 50 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan rakan hadir di HSI bagi memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah dibawa ke kampung isterinya di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi untuk dikebumikan pada pagi ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI