fbpx

Runtuhan Pulau Perhentian: Pemilik resort disiasat abai keselamatan pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan runtuhan tapak pembinaan restoran sebuah resort di Pulau Perhentian, Besut minggu lalu.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Terengganu telah membuka kertas siasatan berhubung insiden tapak pembinaan di sebuah resort di Pulau Perhentian, Besut yang meragut dua nyawa buruh binaan pada minggu lepas.

Pengarah JKKP Terengganu, Mohd. Zahari Hitam berkata, siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“Kita masih menunggu laporan penuh siasatan (insiden runtuhan tapak pembinaan) daripada pihak berkuasa terlibat.

“Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) juga sedang menjalankan siasatan terperinci,” katanya ketika ditemui pada Seminar Kesihatan Pekerjaan Zon Pantai Timur di sini hari ini.

Mohd. Zahari berkata, elemen penting yang diketahui ialah sama ada runtuhan tapak pembinaan restoran disebabkan perlanggaran peraturan atau faktor semulajadi.

Tegas beliau, sekiranya terhadap unsur pengabaian peraturan dan akta ditetapkan, tindakan perundangan akan diambil terhadap pemilik resort berkenaan.

Kosmo! 10 November lalu melaporkan dua buruh binaan maut manakala lima lagi cedera parah selepas tertimbus dalam runtuhan tapak pembinaan restoran setinggi tiga tingkat sebuah resort di Pulau Perhentian, Kuala Besut.

Yang Dipertua MDB, Mohd. Sukeri Ibrahim berkata, semakan mendapati permohonan kebenaran merancang dan kelulusan pembangunan projek tersebut telah ditolak pihaknya pada 12 September 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI