fbpx

Piala Dunia 2026: Brazil tak minat ‘aksi selamat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA pemain Brazil Raphinha (kiri) dan Paulinho giat menjalani latihan bersama skuad Brazil di Teresopolis menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Colombia. - AFP

BARRANQUILLA – Brazil tidak akan menerapkan corak permainan berhati-hati menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Colombia yang dijadualkan berlangsung di Stadium Metropolitano pagi esok.

Sebaliknya, jurulatih The Selecao, Fernando Diniz melaungkan amaran mereka tidak akan teragak-agak untuk melancarkan serangan sebaik sahaja wisel perlawanan dibunyikan bagi membawa pulang tiga mata.

Beliau berkata, hanya corak menyerang yang sesuai digunakan pada perlawanan itu nanti memandangkan Colombia memang diketahui adalah sebuah pasukan yang menampilkan aksi agresif ketika melancarkan serangan.

“Kami akan melakukan persediaan sewajarnya untuk bertemu Colombia nanti kerana semua orang tahu bagaimana mereka bermain, terutamanya ketika melakukan serangan ke arah pintu gol pasukan lawan.

“Oleh itu, saya akan pastikan semua orang akan lihat Brazil akan menampilkan aksi sama seperti Colombia, iaitu menyerang dan agresif. Kami perlu berikan segala-galanya jika mahu dapatkan kemenangan,” katanya.

Dalam pada itu, Diniz menjelaskan, beliau sangat menghormati Colombia selain percaya skuad kendalian Nestor Lorenzo itu mampu menewaskan sesiapa sahaja jika berada pada prestasi terbaik.

“Colombia adalah sebuah pasukan yang sangat dihormati atas pencapaian mereka dalam tempoh 20 hingga 30 tahun terakhir. Bagi saya, mereka adalah salah sebuah pasukan yang sukar untuk ditewaskan di Amerika Selatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI