fbpx

Kenderaan bertambah, tapi syarikat konsesi tak untung besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR – Penambahan kenderaan di semua lebuh raya seluruh Malaysia tidak menyebabkan syarikat konsesi tol mendapat keuntungan lebih, malahan perlu menanggung kos besar bagi memastikan pengguna selesa.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, ramai beranggapan apabila berlaku penambahan kenderaan maka akan memberikan keuntungan besar kepada syarikat konsesi tol yang terlibat.

“Bukan begitu, penambahan kenderaan ketika ini akan menyebabkan lorong tambahan akan dibuat. Sebagai contoh di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) laluan dari Bentong ke Karak kenderaan semakin banyak.

“Hanya dari Plaza Tol Bentong hingga ke Plaza Tol Gombak akan menelan belanja penambahan lorong tambahan sebanyak RM2.3 bilion, jadi syarikat konsesi akan tanggung kos yang tinggi,” ujarnya ketika sesi pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN – Pasir Mas) yang bertanya kos ditanggung kerajaan bagi tol percuma itu dan usaha kerajaan dalam menghapuskan tol.

Tambah beliau, syarikat konsesi terlibat tidak akan memperoleh keuntungan besar dan dalam tempoh 30 tahun mereka belum tentu mendapat kembali kewangan yang dikeluarkan.

“Sebab itu perbincangan antara Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan dan pihak terlibat untuk menaikkan kadar tol ditangguhkan dahulu kerana kos kerugian itu akan ditanggung oleh Kementerian Kewangan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI