fbpx

Pemandu tahan sakit hampir sejam tersepit dalam lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas lori dipandunya merempuh sebuah kedai kosong di Kampung Wakaf Raja, Pasir Puteh hari ini.

PASIR PUTEH – Seorang pemandu lori terpaksa menahan kesakitan selama hampir satu jam selepas tersepit di dalam lori dipandunya yang terbabas sebelum merempuh sebuah kedai kosong di Kampung Wakaf Raja di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, penduduk di sekitar Jalan Pasir Puteh-Jertih di sini terkejut apabila terdengar bunyi rumpuhan kuat sehingga menyebabkan bangunan premis tersebut runtuh sebelum terus menghubungi pihak bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.38 pagi dan seorang pegawai bersama lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan di lokasi kejadian mendapati, mangsa memandu lori yang tidak membawa sebarang muatan mengalami pendarahan pada kepala akibat tersepit di bahagian pemandu.

“Anggota memotong dan meregangkan pintu lori yang kemik untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan alat pemotong mangsa.

“Mangsa berjaya diselamatkan sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya

Azhar Elmi memberitahu, operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa dari lori tersebut selesai dalam tempoh 15 minit.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI