fbpx

Orang hilang ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita warga emas dilaporkan hilang ditemui lemas di pantai Taman Awam 1, Teluk Likas petang semalam.

KOTA KINABALU – Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang ditemui lemas di pantai Taman Awam 1, Teluk Likas petang, semalam.

Mayat Lo Yun Chin, 61, beralamat di Kepayan Ridge ditemui terapung oleh orang awam yang sedang beriadah di kawasan terbabit pada pukul 3.32 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, mayat mangsa ditemui susulan jeritan kanak-kanak menyatakan ada patung di tepi laut.

“Orang awam kemudiannya pergi ke tempat yang dimaksudkan sebelum menemui terdapat seorang wanita dalam keadaan terapung dan tidak sedarkan diri dipercayai sudah meninggal dunia.

“Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai berkaitan kes orang hilang di Luyang pada pagi hari sama.

“Mangsa disedari tiada di rumah pada pukul 6.30 pagi. Anak mangsa cuba menghubungi ibunya namun telefon bimbit dimatikan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kalsom berkata, kali terakhir mangsa dilihat pada pukul 9.30 malam kelmarin, ketika mangsa masuk ke bilik tidurnya.

“Mangsa dipercayai keluar menaiki kereta jenis Toyota Rush warna hitam pagi malam.

“Ahli keluarga wanita berkenaan kemudiannya cuba mencari dan menemui kereta milik mangsa dan tuala yang dikenalpasti milik mangsa berada di atas batu tepi pantai.

“Anak mangsa telah membuat laporan polis untuk membantu mengesan mangsa sehinggalah mayat mangsa ditemui,” katanya.

Menurut Kalsom, siasatan ditempat kejadian tidak menunjukkan berlaku sebarang tanda-tanda unsur perbuatan jenayah yang boleh dikaitkan sebagai punca kematian mangsa.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untun tindakan lanjut dan kes dilaporkan sebagai laporan mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI