fbpx

Malaysia tak boleh bersikap memihak hubungan AS-China – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyampaikan sesi dialog pada APEC ke-30 di San Francisco, Amerika Syarikat. - FACEBOOK

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa, dinamika hubungan Amerika Syarikat-China tidak boleh memaksa Malaysia untuk bersikap memihak kepada mereka.

Malah beliau menekankan bahawa, Malaysia mempunyai hubungan dan kerjasama baik dengan Amerika Syarikat dan China.

“Lantas ini menjadikan Malaysia dan ASEAN sebagai negara dan rantau paling stabil serta kondusif untuk pelaburan pelbagai bidang,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog pada Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-30 bertemakan “The Global Economy and State of The World” di San Francisco, Amerika Syarikat.

Selain itu, Anwar menyarankan supaya sektor swasta perlu bekerjasama rapat dengan masyarakat sivil dalam memastikan ketelusan sektor tersebut sekali gus tidak mengulangi kes-kes penyelewengan mega yang melibatkan wang negara.

“Saya juga singgung terkait cabaran bersama didepani semua pihak iaitu gelombang kecerdasan buatan (AI), perubahan iklim, usaha membasmi kemisikinan.

“Saya sekali lagi menggesa agar usaha diperhebat ke arah memantapkan demokrasi dan ketelusan agar defisit kepercayaan yang sedang dihadapi oleh pemimpin-pemimpin politik seluruh dunia dapat ditangani secara bersama,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI