fbpx

Lebih banyak penerbangan ditawar akan imbangi harga tiket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) mengharapkan lebih banyak kapasiti penerbangan ditawarkan bagi menurunkan harga tiket kapal terbang ketika ini yang didakwa mahal dan membebankan rakyat.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, sekiranya syarikat penerbangan menambah kapasisti penerbangan, harga tiket kapal terbang dapat diseimbangkan.

Menurutnya, harga tiket kapal terbang dipengaruhi banyak faktor termasuk peningkatan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) dan kenaikan harga minyak serta sewa pesawat yang menjadikan kos operasi semua syarikat penerbangan meningkat mendadak.

“Namun begitu kita amat mengharapkan supaya lebih banyak penawaran, lebih banyak kapasiti dan lebih banyak pesawat terbang.

“Sekiranya lebih banyak kapasiti maka ia dapat mengimbangkan harga tiket kapal terbang ini,” katanya ketika sesi pertanyaan-pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai usaha MOT bagi menangani isu tambang mahal khususnya bagi penerbangan domestik yang bukan sahaja berlaku di Sabah dan Sarawak bahkan di Kelantan apatah lagi sewaktu musim cuti sekolah.

Tambah Anthony, beliau percaya dalam dalam masa beberapa bulan akan datang kapasiti penerbangan akan terus ditambah dan lebih banyak pesawat akan beroperasi semula sekali gus membantu menyelesaikan isu ketidaktentuan jadual penerbangan.

“Kalau kita lihat dari segi jadual, kita belum sampai balik kepada kapasiti tahun 2019 atau pra-pandemik Covid-19.

“Pesawat yang digunakan itu masih belum mencapai pada tahap sebelum ini kerana apabila semasa pandemik, kebanyakan pesawat-pesawat ini kena ‘grounded’. Setakat ini, jumlah kapasiti (penerbangan) mungkin dalam 80 peratus sahaja,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI