fbpx

Konflik Israel-Palestin: 50 terkorban serangan jet Israel di masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jet tempur Israel membedil kawasan kejiranan Sabra, Gaza malam semalam. - Foto WAFA

BANDAR GAZA – Kira-kira 50 orang awam terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera malam semalam dalam pembunuhan beramai-ramai baharu yang dilakukan oleh jet tempur tentera Israel di kejiranan Sabra, tengah Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Palestin, WAFA.

Sumber melaporkan bahawa jet tempur tentera Rejim Zionis menyasarkan sebuah masjid di kejiranan Sabra di tengah-tengah Semenanjung Gaza dan membunuh kira-kira 50 orang, selain berpuluh-puluh yang lain lagi cedera.

Dalam perkembangan berkaitan, tiga orang awam terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan udara tentera Israel yang menyasarkan sebuah sekolah Malaysia di kem pelarian Nuseirat, Gaza.

Jet tempur perang Israel juga menyasarkan menara telekomunikasi Palestin di bandar selatan Gaza, Khan Yunis, menyebabkan seorang kanak-kanak terkorban dan mencederakan sejumlah yang lain.

Jumlah orang yang terkorban sejak permulaan pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lalu melebihi 11,000 orang termasuk lebih 4,000 kanak-kanak manakala lebih 31,000 orang lagi cedera. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI