NEW DELHI, India – Seorang lelaki di daerah Bundi, negeri Rajashtan memfailkan saman terhadap bapa kandungnya kerana melarikan diri bersama isterinya, membuatkan dia terpaksa menceraikan wanita itu, lapor laman berita India Today kelmarin.
Pawan Vairagi dalam tuntutan tersebut berkata, bapanya, Ramesh Vairagi sengaja menggoda isterinya sehingga menyebabkan wanita itu lari mengikut lelaki berkenaan serta meninggalkan anak mereka yang berusia enam bulan.
Tambah Pawan, bapanya turut melarikan motosikal miliknya yang digunakan untuk melarikan diri bersama menantunya itu.
Namun, dia menegaskan bahawa isterinya ditipu oleh bapanya dan menganggap wanita itu tidak bersalah.
Pawan selain itu membuat aduan bahawa pihak polis tidak melalukan siasatan yang sewajarnya selepas dia membuat laporan sama sebelum ini.
Pegawai dari balai polis Sadar, Arvind Bhardwaj berkata, siasatan sedang dijalankan dan segala usaha sedang dilakukan untuk mencari pasangan tersebut dan motosikal Pawan. – AGENSI