PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan hujan di beberapa negeri Semenanjung dan Sabah, pagi ini.
MetMalaysia dalam laporannya berkata, di Semenanjung, hujan diramal berlaku di kawasan pendalaman iaitu melibatkan Perlis dan Kedah.
“Selain itu, ia membabitkan Terengganu, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor dan Negeri Sembilan.
“Bagi Sabah, hujan diramal berlaku di Tawau, Sandakan dan Wilayah Persekutuan Labuan, manakala di Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat pula diramal dengan cuaca cerah. – KOSMO! ONLINE