fbpx

Hidup dengan RM500 sebulan sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli mengambil ubat darah tinggi yang dibekalkan klinik di rumah pusakanya di RPA 2, Sitiawan, Manjung baru-baru ini.

MANJUNG – Seorang warga emas yang tinggal berseorangan di rumah pusaka keluarganya di Rancangan Perumahan Awam (RPA) 2 di Sitiawan, di sini hanya hidup dengan bantuan RM500 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Zulkifli Baharom, 64, berkata, dia kini menghidap penyakit buah pinggang tahap dua serta darah tinggi selain pernah dijangkiti tibi pada tahun 2021 dan mendapatkan rawatan Hepatitis C di hospital dan klinik kesihatan tahun lalu.

Ekoran penyakit berkenaan, dia tidak lagi boleh bekerja berat dan dalam keadaan tertekan.

“Biarpun ada kalanya mengharungi hari-hari sukar ekoran tidak lagi bekerja, saya tetap positif dan gembira kerana percaya ia mampu membantu saya dari segi emosi untuk menjalani hidup seperti biasa tanpa sebarang tekanan.

“Walaupun hanya RM500 sebulan, ia mencukupi bagi saya hidup seorang diri, asalkan tidak ada perkara kecemasan seperti motosikal rosak atau lain-lain,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Zulkifli memberitahu, cuma ketika ini, rumah pusakanya perlu diperbaiki kerana bahagian bumbung telah bocor sehingga air hujan menitik masuk.

Sebelum tinggal di rumah pusaka itu, dia menetap di kawasan lain dengan pekerjaan utamanya ketika itu adalah sebagai pemandu lori.

Bagaimanapun, Zulkifli mengambil keputusan untuk pulang ke Sitiawan kerana ingin menjaga ibunya, Yang Zaleha Alang Mat Yunus, 85, sehingga wanita itu meninggal dunia pada 2021.

“Ketika pulang ke RPA 2, saya menukar karier daripada seorang pemandu lori kepada pengawal keselamatan di sebuah syarikat, dapatlah gaji kira-kira RM1,200 sebulan.

“Tetapi keadaan kesihatan pula yang tidak mengizinkan, menyebabkan saya terpaksa berhenti kerja,” katanya.

Tambahnya, dia mempunyai anak yang turut membantunya.

“Mereka juga ada bantu saya dan pulang ke kampung terutamanya ketika perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu Zulkifli boleh meng­hubunginya di talian 016-8574202.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI