fbpx

Gempa bumi 5.8 magnitud gegar Sulawesi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 magnitud berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi, Indonesia.

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 magnitud dilaporkan berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi, Indonesia, pagi tadi.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, kejadian pukul 7.26 pagi itu terletak 2.0 darjah utara dan 124.2 darjah timur dengan jarak 85 kilometer (km) dari Manado, Indonesia.

“Ia berlaku pada kedalaman 307 km,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, kata MetMalaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI