fbpx

DUN Selangor: Fokus pertanian atasi isu makanan berbanding lombong pasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Syazwani menunjukkan laporan Kosmo! berhubung situasi padi negeri Selangor. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Kerajaan negeri digesa membantu memajukan pertanian berbanding memfokuskan perlombongan pasir sehingga memberikan kesan kepada sekumpulan petani di Bestari Jaya, Kuala Selangor dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh (PN -Bersatu) berkata, ini berikutan isu makanan kini lebih meruncing dengan isu di Tanah Sri Makmur contohnya telah wujud satu taman pertanian yang dipanggil taman agrotek dan menerima bantuan dan sokongan daripada jabatan pertanian sejak dulu lagi.

Katanya, taman itu menyediakan pelbagai sayuran selian mempunyai penternakan ayam, ikan keli dan madu.

“Tempat itu telah dijadikan rizab air dan ingin dijadikan Pusat Takungan Air Hibrid Pinggiran Sungai (HORAS) seluas 1699.68 hektar.

“Petani semua telah dihalau keluar serta hingga diugut bunuh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga kes ini mendapat liputan akhbar, Polis Diraja Malaysia dan tular di sosial media bahawa tanaman ini akan diratakan untuk tanahnya dikorek untuk melombong pasir.

“Bayangkan tanah yang dahulu ladang pertanian sudah beransur menjadi ladang pasir pada hari ini,” katanya pada sesi perbahasan Belanjawan Negeri, hari ini.

Kosmo! pada Jun lalu melaporkan lebih 500 peneroka lima buah kampung di mukim Bestari Jaya, Kuala Selangor, terus berdepan isu pengambilan tanah di kawasan itu.

Kira-kira 120 daripada 1,719 hektar tanah sudah diambil kerajaan negeri sekali gus menjejaskan pendapatan mereka yang menjalankan aktiviti pertanian dan ternakan sejak lebih 50 tahun lalu.

Justeru, Nurul Syazwani berharap kerajaan negeri tidak terlepas pandang dengan apa yang dimiliki sekarang (dalam bidang pertanian.

“Saya risau mata rakyat melihat seolah olah kerajaan negeri menganggap pasir lebih berharga daripada isu makanan yang kian meruncing ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan berlainan, kerajaam negeri perlu membantu untuk menaiktaraf infrastruktur pertanian sawah bagi merealisasikan penanaman padi lima kali dalam masa dua tahun seperti yang dilakukan di Kedah dan dijangka meningkatkan sehingga 65 peratus pengeluaran padi negara.

Ujarnya, ini selaras dengan laporan akhbar sebelum ini bahawa hasil padi di Selangor rekod pengeluaran terburuk iaitu hanya tiga hingga empat tan metrik sehektar.

“Tidak sepatutnya negeri kita yang kaya ini ketinggalan dan masih kekal di takuk lama dengan hanya memfokuskan belanjawan mengikut template untuk meningkatkan hasil sehingga dua kali setahun sahaja.

“Ini adalah amat keterbelakang dan bakal mengakibatkan periuk nasi Selangor ketinggalan,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI