fbpx

Behar boleh tolong diam sekejap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZHAR SULAIMAN

PELAKON senior Azhar Sulaiman terus memancing perhatian apabila dia mempertikaikan pula pendapat dua tokoh agamawan yang melontar pandangan berbeza mengenai konflik Palestin-Israel.

Dengan meletakkan gambar kedua-dua tokoh tersebut, Azhar menzahirkan rasa kecewa kerana akhirnya, umat Islam sendiri yang menjadi mangsa.

Katanya, percanggahan pendapat dua individu berpengaruh itu membuatkan kita tidak tahu yang mana satu benar sekali gus boleh mencetuskan kekeliruan.

Bagaimanapun, pendapatnya mengakibatkan netizen sekali lagi melontarkan kecaman terhadapnya selain meminta pelakon Abang 92 itu jangan masuk campur perkara yang dia sendiri tiada ilmu.

Segelintir individu lain pula mendesak Azhar membetulkan diri sendiri dan keluarga dulu sebelum membuta tuli memberi pandangan tentang sesuatu isu terutama perihal berkait agama.

Biarlah Behar bagi pandangan asalkan tak melampau sampai mencetuskan huru hara. Lagi pun kita kan negara demokrasi yang bebas bersuara.

Mizz Lahar: Rupa-rupanya ramai lagi selebriti yang ambil sikap neutral dalam isu Palestin-Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI