fbpx

[VIDEO] Ayah pesan, mandikan, solatkan ayah – Anak Suhaimi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK sulung Allahyarham Suhaimi Saad, Ehmad Hadie Elfardie menabur bunga dan menyiram pusara bapanya selepas selamat dikebumikan pagi tadi.

KOTA TINGGI – Hasrat bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, Allahyarham Mohd Suhaimi Saad yang mahu jenazahnya dimandikan, disolatkan anak sendiri tertunai.

Anak sulung Suhaimi, Ehmad Hadie Elfardie, 15, berkata, bapanya sempat berpesan kepadanya sebelum keadaan kesihatan semakin merosot.

Sebagai anak lelaki sulung, Ehmad Hadie juga akan membantu ibu menjaga dan membesarkan adik-beradiknya selepas ini.

“Antara pesanan ayah sebelum meninggal dunia, dia minta agar kami jaga solat dan jangan tinggal mengaji.

“Ayah juga pesan kalau ayah tak ada nanti mandikan ayah, solatkan ayah.. alhamdulillah semua itu kita sudah selesaikan sudah buat,” katanya ketika ditemui media di rumah neneknya di Felcra Sungai Ara, di sini hari ini.

Ehmad Hadie berkata, dia menerima pemergian bapanya itu sebagai qada dan qadar yang ditentukan Tuhan serta reda dengan apa berlaku.

Ditanya apakah kenangan terindah bersama bapanya itu, katanya baginya setiap hari bersama bapanya adalah kenangan terbaik dalam hidup.

“Kami semua (adik beradik) rapat dengan ayah. Hari-hari menjadi kenangan terindah bersama ayah ada sahaja benda yang seronok kami buat dengan ayah,” katanya lagi.

Mohd Suhaimi menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.40 malam semalam di HSI akibat jangkitan kuman pada paru-paru.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI