fbpx

‘Arwah pernah cakap mahu hidup sampai usia 43 tahun sahaja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENURUT Ina, Suhaimi pernah meluahkan hasrat hanya mahu hidup sekitar usia 43 tahun sahaja.

JOHOR BAHRU – Hanya beberapa hari dimasukkan ke hospital dan menghembuskan nafas dengan tenang, pemergian bekas penyanyi nasyid kumpulan Inteam, Suhaimi Saad akibat jangkitan paru-paru malam tadi sebenarnya dicemburui, isteri Allahyarham, Nordiana Mohd , Naim.

Nordiana atau dikenali sebagai Ina Naim, 39, tahun berkata,  dia reda namun begitu memcemburui pemergin arwah suaminya yang disahkan meninggal dunia pada pukul 7.40 malam selepas mengalami komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru.

Bahkan kata Ina, semasa hayat masa ada, arwah suaminya pernah berhanya hanya mahu hidup sehingga usia 43 tahun tahun, namun dia tidak menyangka kata-kata tersebut benar-benar menjadui kentaan hanya sekitar sebulan selepas Suhaimi menyambut ulang tahun kelahiran ke-43 pada 12 Oktober lalu.

“Arwah batuk-batuk sejak bulan Ogos, dia tak pernah demam. Sebenarnya arwah pernah cakap, dia memang mahu usianya sampai 43 tahun sahaja. Dan tarikh lahir dia 12 Oktober masa itu dia dah mula sakit.

“Arwah dah dimasukkan ke hospital enam hari, dah ditidurkan dari Hospital Kota Tinggi atas permintaan arwah sendiri sebagai jalan terakhir, perjalanan akhir arwah sangat mudah dan tenang, di sisi dia ada saya dan semua anak-anak,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, HSI, malam tadi.

Terdahulu bekas anggota kumpulan Inteam itu dimasukkan ke Hospital Kota Tinggi sejak Jumaat lalu sebelum dirujuk ke HSI.

Jenazah arwah dijangka akan dikebumikan pagi ini di kampung halaman isterinya di Kota Tinggi. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI