fbpx

Anwar Ibrahim adakan pertemuan dengan Google, Tiktok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) bersama beberapa wakil syarikat gergasi teknologi seperti Google, Enovix Corporation, Microsoft dan TikTok di San Francisco, Amerika Syarikat.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat gergasi teknologi seperti Google, Enovix Corporation, Microsoft dan TikTok di San Francisco, Amerika Syarikat.

Pertemuan itu turut dihadiri oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil serta Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Menerusi pertemuan itu, Anwar memaklumkan, kesemua syarikat telah memberi perakuan melanjutkan pelaburan mereka di Malaysia secara besar-besaran.

“Kesemua syarikat ini turut mengakui sistem politik yang stabil dan dasar yang jelas merupakan antara faktor penting
menarik minat mereka untuk melabur di Malaysia.

“Saya juga menyatakan komitmen Malaysia untuk memberikan proses kelulusan pantas kepada semua pelabur dan ia jelas menambah keyakinan kepada syarikat-syarikat ini,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Dalam pertemuan itu, Google diwakili Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan merangkap Ketua Pegawai Kewangannya, Ruth Porat; Enovix Corporation diwakili Ketua Pegawai Operasinya Ajay Marathe; Microsoft Asia oleh Presidennya Ahmed Mazhari, manakala TikTok oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shou Zi Chew.

Sementara itu, Anwar turut menerima kunjungan hormat daripada Jim Coulter yang merupakan Rakan Pengasas, Pengerusi Eksekutif dan Pengarah TPG,
sebuah syarikat pengurusan aset alternatif utama global.

“Semoga pertemuan dengan kesemua syarikat gergasi ini dapat membawa manfaat kepada negara dan rakyat keseluruhannya, insya-Allah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI