fbpx

377 PATI ditahan di Putrajaya – JIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang disita ketika Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Perkhidmatan Awam (JPJ-JIM) di Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Seramai 377 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang kebanyakan pekerja sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) ditahan dalam operasi, di sini, pagi tadi.

Dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu, PATI berusia antara 22 hingga 55 tahun itu ditahan atas pelbagai kesalahan.

Mereka ditahan ketika menaiki bas dan van pekerja di beberapa laluan masuk ke Putrajaya dari arah Kajang dan Puchong sekitar pukul 5 pagi tadi.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, daripada jumlah itu, 250 orang adalah wanita dan 127 orang lelaki berasal dari Bangladesh, Nepal, Myanmar, Indonesia, Pakistan, India dan Sri Lanka.

“Antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Seramai 600 orang warga asing telah diperiksa dalam operasi sama dan operasi dijayakan oleh 110 orang pegawai imigresen pelbagai pangkat daripada Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat JIM dan 40 pegawai JPJ,” katanya di sini.

Terdahulu, operasi dijalankan bersama JPJ itu turut menyita enam buah kenderaan komersial dan kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih, Selangor untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI