fbpx

265,000 rumah musnah di Gaza dalam tempoh 40 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Palestin melihat runtuhan sebuah bangunan akibat dibom tentera Israel di Rafah, Gaza. Foto AFP

PETALING JAYA – Sebanyak 265,000 unit rumah telah musnah di Gaza dalam tempoh 40 hari akibat perang Israel di kawasan Semenanjung itu.

Menerusi laporan yang dikeluarkan pihak media kerajaan Gaza, jumlah tersebut meliputi 223,000 kediaman separa musnah, manakala 42,000 lagi musnah sepenuhnya dan tidak sesuai untuk dihuni selepas ia dibom rejim Zionis.

Sementara itu, sebanyak 320 sekolah di Gaza telah terjejas dan 65 daripadanya tidak dapat digunakan lagi kerana sudah hancur, manakala 95 buah ibu pejabat kerajaan mengalami kerosaka teruk.

“74 buah masjid musnah sepenuhnya, 162 separa musnah dan tiga buah gereka mengalami kerosakan yang teruk,” lapornya.

Statistik itu juga turut dikongsikan Cinta Gaza Malaysia menerusi poster grafik yang dimuat naik di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI