PETALING JAYA – Seorang peguam veteran di Perancis, Gilles Devers mengumpulkan peguam dari semua benua di dunia selama 10 hari untuk mendakwa Israel atas jenayah perangnya terhadap rakyat Palestin.
Menurut perkongsian seorang peguam, Mehdi Messai, di akaun Instagramnya, peguam Giles Devers menjanjikan pendudukan Israel dengan nasib yang gelap.
“Kalau sebelum ini anda tidak mempunyai sesiapa untuk membela anda, tetapi kini anda mempunyai tentera untuk membela anda di mahkamah antarabangsa dan negara,” ujar Gilles Devers.
Difahamkan, peguam tersebut melaporkan aduan untuk pembunuhan beramai-ramai di mahkamah jenayah antarabangsa yang difailkan oleh 300 dan peguam antarabangsa dengan sokongan persatuan di sekitar Maître Dilles Devers.
Tindakan berani peguam tersebut disambut baik oleh rata-rata pengguna laman sosial sehinggakan ada yang berkata, ini merupakan inisiatif yang sangat bijak dan ramai berterima kasih atas jasa tersebut.
“Akhirnya, individu yang berani berdiri untuk bercakap dan bertindak bagi pihak rakyat Palestin, sementara ahli politik kita yang mementingkan diri sendiri tidur nyenyak di rumah agam mereka,” kata Linda Bird.
“Terima kasih Giles Devers. Tolong berikan keadilan kepada penindas. Dunia berdiri bersama dengan awak,” kata seorang pengguna laman sosial. – KOSMO! ONLINE