fbpx

‘Tuah memang bertuah sebab jadi anak Remy Ishak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REMY ISHAK akhirnya berkongsi gambar putera sulungnya Tuah buat tatapan umum selepas tiga bulan cahaya matanya itu dilahirkan.

PETALING JAYA – Selepas tiga bulan menimang cahaya mata pertama, pelakon Remy Ishak, 41, akhirnya berkongsi wajah putera sulungnya, Tuah Alam buat tatapan umum.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak bersyukur dengan kehadiran Tuah dalam kehidupannya dengan isteri, Ezza Yusof.

“Terima kasih Tuah, hadir dalam hidup Ayah dan Bonda,” kongsinya dalam Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan Remy bersama isteri dan si kecil meluangkan masa di sebuah restoran.

Menjengah ruangan komen, rata-rata meluahkan pendapat masing-masing dengan mengatakan Tuah lebih kelihatan iras ibunya iaitu Ezza Yusof berbanding Remy.

“Eh, muka Tuah sepenuhnya ikut ibunya. Memang kacak betul,” kata peminat.

“Tuah ini muka bonda dialah. Sejuk orang kata, comel sangat,” ujar seorang peminat lain.

“Masya-Allah Tuah, tahu tak? Tuah memang bertuah sebab jadi anak Remy Ishak, ” tulis netizen.

Ezza, 40, selamat melahirkan anak sulung mereka kira-kira pukul 11.47 pagi di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur hujung Julai lalu.

Selepas tiga minggu melahirkan anak, Remy mengumumkan nama putera sulungnya iaitu Tuah Alam.

Katanya, nama itu dipilih sejak bujang lagi kerana mempunyai impian untuk memberikan nama yang mempunyai unsur kemelayuan.

Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI