fbpx

Runtuhan Pulau Perhentian: Resort terlibat disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Resort yang disita MDB berikutan insiden runtugan pada Khamis minggu lalu.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu mengarahkan resort yang mengalami runtuhan tapak pembinaan restoran sehingga mengorbankan dua nyawa dan mencederakan lima buruh binaan lain di Pulau Perhentian, Besut pada 9 November lalu disita untuk tindakan lanjut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Majlis Daerah Besut (MDB) telah mengeluarkan notis penyitaan tersebut.

“Proses menyita bangunan resort tersebut adalah langkah awal sebelum tindakan susulan lain diambil mengikut undang-undang.

“Siasatan mendapati pelanggaran (oleh pemilik resort) telah berlaku dan tindakan akan diambil mengikut Akta Parit Dan Bangunan 1957,” katanya ketika ditemui di Medan Selera Batu Burok di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati pembinaan keseluruhan resort tersebut dilaksanakan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi kerajaan berkaitan.

Kosmo! 10 November lalu melaporkan dua buruh binaan maut manakala lima lagi cedera parah selepas tertimbus dalam runtuhan tapak pembinaan restoran setinggi tiga tingkat sebuah resort di Pulau Perhentian, Kuala Besut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI