fbpx

Ribut petir, hujan lebat hampir di seluruh negara malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hampir di seluruh negara sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Perak akan berdepan dengan cuaca buruk itu.

“Di Pantai Timur, kawasan yang diramalkan ribut petir adalah Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).

“Diikuti dengan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan),” katanya.

Tambah MetMalaysia, hujan lebat turut dijangka di Selangor melibatkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat).

“Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) dan Johor (Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) juga diramal hujan lebat dan ribut petir.

“Cuaca sama turut diramal di Sarawak Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Miri (Subis, Beluru dan Miri),” katanya.

Ujarnya lagi, di Sabah antara kawasan terlibat dengan cuaca buruk adalah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI