TOKYO – Seorang pramugari syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) ditahan kerana didakwa mencuri barangan bernilai 10,000 yen (RM309) dari sebuah kedai di Jepun, lapor portal berita Channel News Asia semalam.
Bai Peixuan, 33, ditahan pada 6 November lalu kerana dituduh mencuri tuala mandi dan beberapa barangan lain di sebuah kedai di bandar Narita, wilayah Chiba.
Suspek menafikan pertuduhan itu dengan mengatakan bahawa dia tidak mencuri, sebaliknya berniat untuk membayar kemudian.
Dia juga dilaporkan menggigit lengan kiri seorang lelaki berusia 51 tahun yang cuba menghalangnya daripada melarikan diri.
Suspek bagaimanapun mendakwa bahawa dia bertindak demikian supaya lehernya dilepaskan, demikian menurut agensi berita FNN.
“SIA mengesahkan bahawa salah seorang kakitangan kami telah ditangkap di Jepun. Memandangkan perkara ini dalam siasatan, kami tidak dapat memberikan ulasan lanjut,” kata syarikat penerbangan itu semalam. – AGENSI