fbpx

Pemandu jengkaut maut dihempap jentera sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jengkaut yang menghempap Azman di Jalan Kolam Udang, Kampung Nyatoh, Setiu semalam.

SETIU – Seorang pemandu jengkaut maut akibat dihempap jentera tersebut yang sedang dikendalikannya di Jalan Kolam Udang Kampung Nyatoh di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, mangsa, Azman A. Wahab, 44, yang menetap di Kampung Din Maras, Batu Rakit meninggal dunia akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Affandi Hussin berkata, sebelum kejadian, jengkaut yang sedang dikendalikan Azman berkenaan dikatakan mengalami kerosakan rantai.

“Mangsa kemudiannya meminta pertolongan rakannya untuk memandu sementara jentera tersebut sementara dia turun bagi memeriksa kerosakan berkenaan.

“Begitupun, jengkaut tersebut tiba-tiba bergerak sendiri lalu menghempap mangsa sewaktu dia melakukan pemeriksaan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Affandi berkata, siasatan awal mendapati jengkaut berkenaan mengalami kebocoran sistem paip hidraulik dan mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI