fbpx

Pemandu jengkaut didenda RM8,000 bakar mercun atas jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANIMARAN (baju putih) didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan bermain mercun hingga membahayakan nyawa dan merosakkan harta awam. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

SEREMBAN – Seorang pemandu jengkaut didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan bermain mercun hingga membahayakan nyawa dan merosakkan harta awam pada Jumaat lalu.

Tertuduh, P Manimaran, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.

Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 10 bulan.

Manimaran sebelum itu teragak-agak untuk membuat pengakuan bersalah sebaik mendengar hukuman penjara dan denda sehingga RM10,000 jika sabit kesalahan.

Tertuduh didapati melakukan sesuatu perbuatan dengan niat hendak menyebabkan dengan menggunakan bahan letupan yang mungkin boleh membahayakan nyawa atau kerosakan teruk pada harta.

Kesalahan dilakukan kira-kira pukul 3 petang, 10 November lalu di Simpang Tiga Jalan Kuala Sawah- Ulu Sawah, Rantau, di sini.

Terdahulu, Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Redzuan Hakiim memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk denda paling minimum memandangkan Manimaran berpendapatan RM1,500 sebulan selain mengambil kira pengakuan bersalahnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Jiwan Kaur Malkith Singh bagaimanapun memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI