fbpx

Peluang Atiqah sertai Program Podium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATIQAH mahu melayakkan diri secara merit ke Program Podium selepas ini, sekali gus mencerahkan peluangnya memburu pingat pada Sukan SEA Thailand 2025.

ATLET lempar cakera wanita negara, Nur Atiqah Sufiah Hanizam mahu nama tersenarai secara merit dalam Program Podium dengan melepasi had kelayakan ditetapkan pada Kejohanan Olahraga Cebu di Filipina bermula Jumaat ini.

Jurulatihnya, Mohamad Ali Hamid menjelaskan, kemasukan ke Program Podium tentunya membantu perkembangan atlet berusia 24 tahun itu yang kini dalam perancangan ke Sukan SEA Thailand 2025 dan 2027 di Malaysia.

Menurutnya, Atiqah sebenarnya sudah pun layak berada dalam Program Podium jika menilai kepada rekod peribadinya (PB), 46.64 meter (m) dan telahpun melepasi syarat ditetapkan iaitu 45.08m.

“Kalau ikutkan kriterianya (Program Podium) tempat ketiga Sukan SEA tetapi Atiqah di tempat keempat, kalah 20 sentimer sahaja kepada pemenang pingat gangsa dari Vietnam (Le Thi Cam Dung) di Kemboja pada Mei lalu.

“Kalau ikutkan PB dah lepas tetapi kita nak buat lagi supaya kukuhkan sokongan kepada MSN (Majlis Sukan Negara) dan KOM (Kesatuan Olahraga Malaysia). Ia supaya dia layak secara merit ke Program Podium.

“Kita harap dia dapat lakukan di Cebu pada Jumaat ini. Persaingan tak kuat tetapi dia perlu fokus kepada acaranya. Dia akan hadapi tekanan untuk capai jarak yang kita tetapkan,” katanya.

Atiqah dilihat sebagai atlet kedua terbaik dimiliki negara di belakang pemegang rekod lempar cakera wanita, Queenie Ting Kung Ni yang baru sahaja mendapat tajaan daripada jenama terkenal antarabangsa, Asics semalam.

Mereka berdua menjadi prospek terbaik untuk memecahkan dominasi atlet Thailand, Subenrat Insaeng yang sudah memenangi tujuh Sukan SEA sejak edisi Palembang 2011.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI