fbpx

Organisma marin jadi rujukan inovasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Softbotics dibina hasil inspirasi daripada fosil organisma marin.

PENYELIDIK di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Carnegie Mellon University, Amerika Syarikat dengan kerjasama ahli paleontologi Sepanyol dan Poland menggunakan bukti fosil, pleurocystitid untuk menghasilkan replika robot lembut (Softbotics).

Pleurocystitid merupakan organisma marin yang wujud hampir 450 juta tahun dahulu.

Organisma menyerupai tapak sulaiman dan landak laut itu dipercayai sebagai salah satu echinodermata pertama yang mampu bergerak menggunakan batang berotot.

Penyelidikan itu bertujuan meluaskan perspektif reka bentuk moden dan pergerakan haiwan dengan memperkenalkan bidang pengajian baharu iaitu Paleobionics.

Menurut Prof. Kejuruteraan Mekanikal di Carnegie Mellon University, Carmel Majidi, Softbotics yang dibina dengan elektronik fleksibel dan bahan lembut itu bertujuan memahami faktor biomekanikal menggunakan organisma pupus.

“Softbotics adalah pendekatan untuk menunjukkan inovasi menggunakan bahan lembut bagi membina robot fleksibel.

“Banyak prinsip asas biologi dan alam semula jadi, ia boleh dijelaskan sepenuhnya jika kita melihat kembali garis masa evolusi sesuatu haiwan.

“Kami sedang membina analog robot untuk mengkaji perubahan pergerakannya,” katanya.

Tambahnya, masa manusia di Bumi mewakili hanya 0.007 peratus daripada sejarah planet ini.

Kewujudan pleurocystitid banyak mempengaruhi pemahaman evolusi dan memberi inspirasi kepada sistem mekanikal pada hari ini.

Hakikatnya, ia hanyalah sebahagian kecil daripada semua makhluk yang wujud sepanjang sejarah.

Penyelidikan ini menggunakan bukti fosil untuk membimbing reka bentuk gabungan unsur cetakan tiga dimensi serta polimer bagi meniru struktur kolumnar fleksibel.

Pasukan itu menunjukkan bahawa pleurocystitis berkemungkinan boleh bergerak di atas dasar laut dengan menggunakan batang berotot bagi menolak haiwan ke hadapan.

Walaupun ketiadaan analog semasa pleurocystitid, namun ia telah menarik minat ahli paleontologi kerana peranan penting haiwan purba itu dalam evolusi echinoderm.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI