fbpx

Lelaki merangkak selepas ‘bernazar’ kawasan rumah diturap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki merangkak ratusan meter selepas jalan depan rumahnya diturap hingga ke dewan Balai Warga, Gunung Kidul baru-baru ini. - Foto @ekobudiyono78/TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki di Gunung Kidul, Jogjakarta menunaikan nazar dengan merangkak sejauh beratus-ratus meter setelah jalan di kampungnya akhirnya diturap, lapor laman berita Banjarmasin Post semalam.

Video perbuatan pemuda tersebut dimuat naik di TikTok dengan menggunakan akaun @ekobudiyono78 kelmarin. Ia menunjukkan dia merangkak sambil memakai kaca mata hitam sambil disaksikan puluhan penduduk kampung.

Lelaki tersebut juga memakai sarung tangan untuk melindungi kedua-dua tangannya ketika menyentuh jalan yang diturap itu.

Secara perlahan-lahan, lelaki berkenaan merangkak menuju ke dewan masyarakat yang terletak beratus-ratus meter dari kediamannya.

“Seorang penduduk bernazar untuk merangkak dari rumahnya ke dewan masyarakat selepas kawasan depan rumahnya diturap,” tulis akaun tersebut. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI