fbpx

Konflik Palestin-Israel: Nyawa 36 bayi pramatang jadi taruhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi-bayi tersebut diletakkan secara bersebelahan di katil biasa. - Anadolu

BANDAR GAZA – Nyawa 36 bayi pramatang di Hospital Al-Shifa kini semakin sukar diramal selepas askar Israel menyerbu masuk kemudahan tersebut dalam apa yang digelar Rejim Zionis sebagai ‘operasi bersasar’, lapor akhbar Arab News.

Tiga daripada jumlah asal iaitu 39 bayi pramatang di hospital terbesar Gaza itu meninggal dunia sejak ia kehabisan bahan api sepanjang hujung minggu lalu yang menyebabkan inkubator berhenti berfungsi.

Kesemua 36 bayi yang tinggal mempunyai berat kurang daripada 1.5 kilogram malah ada yang hanya seberat 700 gram. Mereka kini diletakkan secara bersebelahan di atas katil biasa.

Ia mendedahkan mereka kepada jangkitan dan tanpa sebarang pelarasan secara individu terhadap tahap kelembapan dan suhu.

“Mujur mereka semua masih hidup. Kami tidak kehilangan mereka sepanjang malam.

“Namun, risiko masih tinggi untuk kami kehilangan mereka,” kata seorang pakar bedah, Dr. Ahmed El Mokhatallali.

Dalam pada itu, askar Israel menyerbu Hospital Al-Shifa selepas beberapa hari mengepung dan mengebom sekeliling kemudahan itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya 2,300 pesakit, kakitangan dan orang awam yang dipindahkan berada di dalam kemudahan itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI