fbpx

Konflik Palestin-Israel: Dron Zionis tembak apa sahaja yang bergerak dalam hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Situasi serangan di pintu masuk Hospital Al-Shifa, Gaza pada 3 November lalu. - Ali Jadallah/ Agensi Anadolu

BANDAR GAZA – Ketua Jabatan Ortopedik Hospital Al-Shifa, Adnan Barsh memaklumkan bahawa dron tentera Israel menembak apa sahaja yang bergerak di dalam hospital itu ketika melakukan serbuan pada hari ini, lapor laman berita Middle East Eye (MEE).

Seorang wartawan yang berada di dalam hospital itu, Jihad Abu Shanab memberitahu Al Jazeera bahawa orang ramai yang berada di dalam bangunan tersebut berada dalam ketakutan, disoal siasat dengan kejam dan mereka dimalukan oleh askar Israel.

Menurutnya, insiden-insiden di dalam hospital terbesar di Semenanjung Gaza itu menjadi ‘mimpi ngeri’ sejak serbuan bermula.

“Sebelum menyerbu pekarangan hospital, mereka (tentera Israel) menyasarkan semua aras, generator, unit komunikasi dan kini, kami tidak boleh berhubung dengan dunia luar,” katanya.

Rakaman video yang dikongsi di media sosial memaparkan kakitangan perubatan dan sukarelawan memindahkan bayi-bayi dari satu wad ke wad lain untuk melindungi mereka daripada serangan tentera Israel.

Serbuan di hospital itu kini memasuki jam kelapan dan bilik bedah adalah antara kemudahan yang diserbu.  

Selain itu, tentera Israel giat menjalankan soal siasat terhadap kakitangan perubatan sambil menggeledah bilik-bilik yang dipenuhi pesakit.

Dalam satu perbualan yang dirakam, Pengarah Hospital Al-Shifa memberitahu bahawa tentera Zionis yang memasuki hospital akan menakutkan pesakit dan menyebabkan histeria. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI