fbpx

Keldai akaun menyamar polis, insurans perdaya operator kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BALIK PULAU – Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki bertindak sebagai keldai akaun dalam sindiket menyamar sebagai pihak insurans dan polis secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian sehingga RM133,000.

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, suspek berusia 38 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya.

“Suspek disyaki menjadi keldai akaun dalam sindiket menyamar sebagai pihak insurans dan polis secara dalam talian.

“Mangsa seorang wanita berusia 55 tahun dikatakan telah terlibat dalam pengubahan wang haram dan telah disambungkan ke pihak polis dari IPD Ampang Jaya,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, mangsa bekerja sebagai operator kilang telah membuat dua transaksi pemindahan wang ke dalam beberapa akaun berasingan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM133,000.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya pihak polis menasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket penipuan jual beli melalui media sosial.

Dalam perkembangan lain, seorang lelaki berusia 49 tahun ditahan polis kerana disyaki positif dadah jenis morfin di Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru, semalam.

“Suspek didapati berada dalam keadaan mencurigakan dan hasil ujian saringan awal polis mendapati suspek positif dadah jenis morfin. Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI