fbpx

Isu kemenangan Zhiddin dinafikan, Adam Adli terkejut dibawa ke Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adam Adli pada sidang Dewan Rakyat, hari ini. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Isu pempengaruh, Zhiddin Aziz yang dinafikan kemenangannya semasa Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan 2023 bukalah satu perkara yang mempunyai kepentingan awam untuk di bawa ke Parlimen.

Perkara itu dilontarkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim yang juga melahirkan rasa terkejut berkenaan isu terbabit.

“Malah untuk pengetahuan, di bangunan Parlimen ini, kalau saya nak jemput Masjid Tanah (Datuk Mas Ermieyati Samsudin) pun boleh. Yang dimaksudkan itu (Zhiddin) pun akan datang ke sini (adakan) pertemuan dengan saya. Jadi, tidak ada masalah.

“Kalau mana-mana (Ahli Parlimen), Arau (Datuk Seri Shahidan Kassim) sekalipun yang membangkitkan perkara ini semalam itu pun nak datang jumpa, boleh jumpa. Nak ‘selfie’, nak buat video pun boleh, tidak ada masalah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Mas Ermieyati (PN-Masjid Tanah) mengapa isu APBN itu boleh berlaku dan bagaimana kerajaan untuk mengelakkan perkara ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Sebelum ini, tular klip video Zhiddin di media sosial yang kecewa dengan pembatalan kemenangannya bagi menerima anugerah dalam majlis tersebut.

Pada masa sama, sekretariat APBN dalam kenyataan berkata, Jawatankuasa Pengesahan Pemenang APBN telah memutuskan tiada pemenang bagi dua kategori iaitu Ikon Belia Influencer (Media Sosial) dan Ikon Belia Sanjungan Budi kerana tiada calon memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Mengulas lanjut, Adam Adli turut meminta agar perkara berkenaan tidak dijadikan isu sensasi, sebaliknya ia boleh dirungkai menerusi pertemuan yang lebih matang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI