fbpx

F1: Dominasi Red Bull bakal berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MERCEDES dan McLaren dijangka tampil dengan jentera dan unit kuasa yang lebih baik musim depan untuk menyaingi Red Bull. - AFP

LAS VEGAS – Bekas juara dunia, Jenson Button percaya saingan perlumbaan Formula Satu (F1) musim depan akan lebih terbuka dan tidak akan lagi didominasi oleh Red Bull seperti yang dilihat sejak beberapa tahun lepas.

Prestasi luar biasa jentera Red Bull semakin menyerlah pada musim ini apabila menjuarai 19 perlumbaan Grand Prix (GP) daripada 20 perlumbaan sehingga berjaya mengekalkan kejuaraan dunia kategori pengeluar.

Malah, pelumba utama pasukan itu, Max Verstappen berjaya mendominasi perlumbaan GP sebanyak 17 kali musim ini sekali gus meraih gelaran dunia ‘hatrik’ yang dimenangi sejak musim 2021.

Menurut Button, dua pasukan pesaing seperti Mercedes dan McLaren dijangka bangkit semula untuk merampas kedudukan Red Bull sebagai jentera F1 terpantas dunia.

“Saya rasa ketika aksi sudah memasuki penghujung musim, saingan yang ditunjukkan semakin kompetitif dalam kalangan pasukan bertanding dan ini adalah perkembangan yang bagus buat sukan F1.

“Mungkin sukar untuk mencabar Red Bull, tetapi saya lihat ia bukanlah perkara yang mustahil andai pasukan-pasukan lain memperbaiki kelemahan selepas saingan musim ini menutup tirai nani.

“Justeru, saya jangka musim 2024 nanti perlumbaan akan lebih kompetitif dengan jentera McLaren dan Mercedes dijangka menjadi pencabar utama. Anda boleh lihat hanya Verstappen yang unggul bersama Red Bull tetapi prestasi Sergio Perez sebaliknya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI