DILIMPAHI bahagia dengan kelahiran puteri kedua pada 11 November lalu, keluarga kecil pempengaruh media sosial, Atta Halilintar dan isterinya Aurel Hermansyah kini memancing tumpuan.
Bukan hanya belum mendedahkan wajah si kecil, peminat turut tertunggu-tunggu pengumuman nama bayi mereka.
Begitupun, baru-baru ini muncul khabar angin menyatakan pasangan terbabit memilih Azura sebagai nama puteri kecil itu bersandarkan beberapa bayangan.
Netizen meneka nama adik kepada Ameena sebagai Azura berdasarkan lagu Hey Nak yang dinyanyikan Atta apabila ada menyebut nama Ameena dan Azura.
Selain itu, akaun Instagram @azuraatta dilihat turut diikuti menantu penyanyi Krisdayanti itu, sekali gus membuatkan ramai tertanya-tanya kaitan pemilik akaun tersebut dengan Atta.
Sehingga kini, Atta mahupun Aurel masih menunggu waktu tepat berkongsi wajah dan nama si comel mereka. Setakat ini juga, bayi yang dilahirkan secara pembedahan itu dalam keadaan sihat dan dibawa pulang ke rumah.