fbpx

Aplikasi bantu OKU autisme hafaz al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD ZAKIRUL HAFIZ (tengah) bersama dua lagi rakannya yang terlibat dalam penciptaan aplikasi TAG.

PENDIDIKAN agama merupakan asas kepada pembentukan akhlak manusia. Ia adalah satu bentuk pelajaran kognitif, fizikal serta roh untuk melahirkan insan berperikemanusiaan.

Tanpa mengira apa jua kondisi diri, setiap Muslim secara tidak langsung mempelajari ilmu agama daripada keluarga dan silibus pendidikan di sekolah.

Memanfaatkan kemajuan teknologi dan keperluan orang kelainan upaya (OKU) terhadap pendidikan agama, sekumpulan pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mencipta satu aplikasi permainan, ‘Advanced Tahfiz Akhyar Mobile Game Application’ (TAG) atau Aplikasi Permainan Tahfiz Akhyar.

Inovasi hasil kreativiti tiga anak muda diketuai Muhammad Zakirul Hafiz Mohd. Zakir bersama Muhammad Anwar Edzudin Khidzir dan Muhammad Zulhilmi Ikhwan Hafiz yang dibimbing oleh Dr. Siti Fatimah Mohd. Tawil.

Menurut Muhammad Zakirul Hafiz, aplikasi TAG direka sebagai alternatif pendidikan untuk memenuhi keperluan unik golongan OKU pembelajaran, khususnya dalam kategori autisme dalam pendidikan Islam.

“Penyelidikan ini dilaksanakan berasaskan kefahaman bahawa al-Quran bukan sekadar teks agama, tetapi sumber hikmah universal termasuk bagi komuniti OKU.

“Situasi semasa menunjukkan pendekatan tradisional terhadap pendidikan dan hafazan al-Quran bagi OKU pembelajaran sering kali kurang berkesan bagi memenuhi keperluan mereka,” katanya menerusi temu bual bersama Infiniti baru-baru ini.

Tambahnya, kajian TAG berfokus kepada idea pembangunan dan penggunaan aplikasi permainan mudah alih yang inovatif, interaktif serta meraikan pelajar dengan bermatlamat mempertingkatkan pembelajaran Islam.

Kongsinya lagi, TAG merupakan satu idea penyelidikan inklusif yang bakal dibangunkan untuk membantu pelajar-pelajar OKU pembelajaran dalam proses menghafaz al-Quran.

Kajian dengan prinsip integrasi naqli aqli itu berfokus kepada pembangunan aplikasi permainan untuk pelajar OKU pembelajaran menghafaz al-Quran dengan menggunakan kaedah Tahfiz Akhyar.

Aplikasi TAG menerapkan konsep permainan mudah alih mesra OKU autisme.

“Ia juga menerapkan konsep aplikasi permainan mudah alih (mobile game application) mesra OKU autisme.

“Idea penyelidikan ini dibangunkan dengan metodologi penyelidikan yang mampan dan sistematik iaitu menerusi kaedah Design and Development Research (DDR).

“Ia bermula dengan fasa mengenal pasti cabaran dan keperluan khusus dihadapi oleh pelajar OKU pembelajaran, diikuti proses mereka bentuk, pelaksanaan serta penilaian aplikasi permainan,” jelasnya.

Katanya lagi, kepentingan penyelidikan TAG terletak pada potensinya untuk menggalakkan individu kurang upaya pembelajaran al-Quran.

Menurut Muhammad Zakirul Hafiz, ia bagi memastikan golongan berkenaan dekat dengan al-Quran serta mengupayakan proses hafazan dengan lebih berkesan.

Aplikasi TAG menawarkan pelbagai fungsi yang praktikal dan boleh diakses bagi proses hafazan al-Quran.

“Variasi ciri-ciri multimedia, sokongan audio dan tumpuan pada nilai terapi yang ditawarkan di dalam aplikasi ini berupaya mewujudkan ruang dan peluang bagi pembelajaran inklusif serta kondusif.

“Inisiatif TAG ini diharapkan dapat merapatkan jurang pendidikan al-Quran dalam komuniti OKU.

“Ia secara tidak langsung memperkasakan proses hafazan bagi OKU pembelajaran menerusi penggunaan teknologi bersesuaian dengan era digital kini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI