fbpx

3 tahun menjanda, Atilia kini bercinta dengan pengarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATILIA HARON mendedahkan hatinya kini sudah 'dicuri' seorang lelaki yang merupakan seorang pengarah. - AFIQ RAZALI

PETALING JAYA — Penyanyi Atilia Haron kini sudah menemui cinta baharu selepas bercerai dengan bekas suami, Adam Sofian sejak tiga tahun lalu.

Jelas pemilik nama penuh Raja Putri Atilia Raja Haron itu, meskipun tidak lagi hidup bersama, namun hubungannya dengan Adam kekal baik sebagai sahabat.

“Sudah lama kami tidak bersama (bercerai) iaitu sebelum fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi tetapi kami tetap bersahabat baik tambahan pula dia juga orang industri.

“Ramai sebenarnya yang kasihankan saya selepas bercerai, yelah saya nak dekat menopaus umur cecah 49 tahun, tiada anak,
ibarat hidup seorang diri.

“Tapi sejujurnya saya gembira dengan kesibukan seharian yang terisi dengan jadual padat dan ada sahaja aktiviti dari pagi sampai malam,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tidak terbit rasa sedih seperti disangka ramai, Atilia bagaimanapun mengakui banyak perkara dapat dilakukan selepas bercerai.

“Bila kembali solo, saya dapat buat banyak benda yang tak dapat lakukan sebelum ini seperti sesuaikan diri dengan teknologi sekarang selain buat aktiviti yang membahagiakan saya.

“Sebenarnya, individu solo tak semestinya tak gembira, cuma orang salah faham, hakikatnya sangat gembira,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan video muzik, Cinta Sampai Mati, hari ini.

Ditanya sama ada hati sudah dirisik mana-mana lelaki sepanjang tiga tahun kembali bergelar janda, anak kepada penyanyi Salamiah Hassan itu mengangguk tanda mengiyakan.

Jelas Atilia, lelaki itu merupakan orang industri yang bertanggungjawab dalam pembikinan video muzik lagu terbaharunya berjudul Cinta Sampai Mati.

“Ada yang dekati saya, sebenarnya dia lah yang arahkan muzik video saya. Nama dia Shimy Latif, saya dah kenal dia hampir dua tahun, dia juga seorang pengarah.

“Dalam industri sama yang membolehkan kami saling memahami tetapi sekarang kami dalam fasa mengenal hati budi masing-masing.

“Shimy berlawanan sifat dengan saya , jadi saya fikir dia adalah pasangan yang mungkin serasi dengan saya,” katanya.

Paling utama kata Atilia, dirinya mahu fokus kepada ibunya dan muzik sekali gus meletakkan perihal perkahwinan kepada Yang Maha Esa.

Atilia mendirikan rumah tangga dengan jurutera bunyi, Adam Sofian pada Ogos 2014, namun tidak dikurniakan zuriat.

Terdahulu, anak kepada penyanyi legenda itu pernah berkahwin dengan Ariff Johan Abdul Aziz pada Disember 1998 namun bercerai pada Januari 2009. — KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI