fbpx

Zii Jia tidak perlu khidmat sokongan daripada RTG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA tidak akan berada lagi dalam program RTG kerana dia dilaporkan tidak memerlukan khidmat sokongan RTG.

SUBANG JAYA – Jawatankuasa Road To Gold (RTG) hari ini mengesahkan perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia tidak akan terus berada dalam program Road To Gold (RTG) yang bertujuan memburu pingat emas pertama pada Sukan Olimpik.

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Sekretariat RTG selepas pihaknya mengadakan perjumpaan secara dalam talian bersama Team Lee Zii Jia (Team LZJ) bagi membincangkan perkara tersebut.

Justeru, keputusan tersebut menyaksikan bekas pemenang kejohanan Seluruh England (All England) dan Asia itu tidak lagi menerima khidmat sokongan daripada program elit sukan negara.

“Sekretariat RTG hari ini sudah berjumpa dengan Team LZJ secara dalam talian dan keputusan sudah dicapai bahawa Zii Jia tidak akan bersama dengan program RTG. Dalam pertemuan itu, Zii Jia diwakili jurulatih, Wong Tat Meng dan Liew Daren serta pengurus, Lee Zii Yii.

“Mereka menjelaskan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas membuat pertimbangan sewajarnya dan rujukan dalaman menyaksikan Zii Jia tidak memerlukan khidmat sokongan daripada RTG,” kata Sekretariat RTG menerusi satu kenyataan.

Bagaimanapun, Team LZJ memberi jaminan bahawa pihaknya akan terus bekerjasama dengan pemegang taruh seperti Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) ke arah Sukan Olimpik Paris 2024 tahun depan.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan, Zii Jia tidak menandatangani persetujuan komitmen (LOC) bagi menerima khidmat tambahan daripada program RTG. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN