fbpx

Wanita curi teksi kerana pemandu tolak seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jirat ditahan kerana melarikan sebuah teksi ketika pemandunya menggunakan tandas. - Facebook

BANGKOK – Pegawai Biro Siasatan Pusat (CIB) menahan seorang wanita Thailand kerana mencuri sebuah teksi selepas pemandunya menolak untuk melakukan hubungan seks dengannya.

Laman berita Thaiger melaporkan, pemandu teksi itu memfailkan aduan di Balai Polis Thayang, wilayah Phetchaburi selepas keretanya dilarikan wanita tersebut.

Menurut pemandu teksi berkenaan, seorang wanita bernama Jirat, 38, mengupahnya sebanyak 3,000 baht (RM392) untuk membawanya dari Bangkok ke wilayah Phetchaburi pada 10 November lalu.

Ketika tiba di sebuah hotel di wilayah Phetchaburi, Jirat menyatakan minatnya terhadap pemandu teksi tersebut dan mengajaknya untuk melakukan hubungan intim, namun dia menolaknya.

Jirat kemudian meminta pemandu teksi itu untuk kembali menjemputnya pada 11 November lalu. 

Dalam perjalanan ke Bangkok, pemandu itu berhenti di stesen minyak untuk menggunakan tandas. Setelah selesai, pemandu itu terkejut apabila mendapati keretanya hilang. 

Pegawai Balai Polis Thayang bekerjasama dengan polis CIB dan Polis Lebuh Raya sehingga mereka menemui teksi itu di Jalan Rama II. Jirat ditahan dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.

Jirat mengaku melakukan kecurian itu dan menghadapi pertuduhan kerana melarikan harta curi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI