fbpx

UMNO tidak gentar hadapi mana-mana calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) ketika mengadakan lawatan kerja di Tebatan Banjir Kampung Kerayong di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – UMNO tidak gentar dan bersedia berdepan dengan siapa sahaja, termasuk bekas ahli yang mengkhianati parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, awal bulan depan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, persediaan sudah dimulakan bagi berdepan calon terutama daripada Perikatan Nasional (PN).

“UMNO meletakkan calon yang yang diterima oleh semua pengundi berdasarkan prestasi, berjasa kepada negara dan dikenali di peringkat antarabangsa,” katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri selepas lawatan kerja di Tebatan Banjir Kampung Kerayong, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan PN akan menampilkan bekas pemimpin UMNO sebagai calon mereka dalam PRK Kemaman.

PRK itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu pada 26 September lalu membatalkan kemenangan calon PN, Che Alias Hamid pada PRU15.

Pada PRU15, Che Alias merampas kerusi Kemaman dengan majoriti 27,179 undi selepas menewaskan calon BN dan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Semalam, BN mengumumkan bekas panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sebagai calon mereka untuk PRK itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI