fbpx

Teknik solekan robot android jadi kegilaan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna menyolek wajah mereka menyerupai robot android yang mempunyai memek muka dan bercakap seperti manusia. – TikTok

WASHINGTON – Satu teknik solekan baharu menjadi kegilaan pengguna media sosial yang diilhamkan daripada penampilan robot android menyerupai manusia, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Gaya solekan digelar ‘uncanny valley’ itu menyaksikan pengguna menyolek wajah mereka menyerupai robot android yang mempunyai memek muka dan bercakap seperti manusia.

Ia kini menjadi kegilaan di platform TikTok dengan ramai pengguna cuba mengubah wajah mereka menjadi robot android.

Trend itu dipercayai dimulakan oleh seorang pengguna TikTok bernama Zara (@alkiiwii). Dia mengubah wajahnya menggunakan alat solek lapisan asas, pelindung cela, celak dan maskara.

Video yang dimuat naik wanita itu menjadi tular beserta tanda pagar #uncannyvalleymakeup yang memberi inspirasi kepada pengguna lain untuk melakukan perkara serupa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI