fbpx

Suhaimi Saad mohon maaf sebelum masuk ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUHAIMI Saad memohon maaf kepada pengikutnya di aplikasi TikTok beberapa hari sebelum dimasukkan ke hospital.

PENYANYI yang juga bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad yang kini ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor pernah memuat naik sebuah hantaran permohonan maaf kepada pengikut TikToknya pada 5 November lalu.

Suhaimi atau nama sebenarnya Mohd Suhaimi Saad, 43, bagaimanapun tidak menyatakan sebab permohonan maaf tersebut dimuat naik dalam aplikasi itu.

“SS (Suhaimi Saad) minta maaf zahir dan batin kepada anda semua,” kata suami kepada Ina Naim itu.

Selain permohonan maaf, dia turut menitipkan ucapan terima kasih atas segala pertolongan yang pernah dihulurkan orang ramai terhadapnya selama ini.

“Terima kasih atas perkenalan dan segala kebaikan anda. Assalamualaikum, LailahaillAllah,” ujarnya.

Terdahulu, Ina memaklumkan kesihatan suaminya dalam keadaan kurang baik dan masih ditidurkan berikutan jangkitan kuman dalam paru-paru.

Selain Ina, salah seorang anggota In-Team, Mohd. Syahril Abdul Khalid juga berkongsi tahap kesihatan Suhaimi mula menurun sejak sebulan lalu sebelum ditidurkan pada Jumaat lalu selain berat badan menyusut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI