fbpx

SME Corp, Funding Societies tawar dana RM6 juta untuk belia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rizal Nainy (dua dari kanan) bersama Ketua Negara Funding Societies, Chai Kien Poon (dua dari kiri) di Kota Kinabalu baru-baru ini.

PETALING JAYA – SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) dan Funding Societies telah memperuntukkan dana permulaan sebanyak RM6 juta untuk usahawan belia bumiputera di bawah program Inisiatif Pembiayaan PMKS Bumiputera (BMFI) yang baru dilancarkan.

Inisiatif pembiayaan baharu ini bertujuan untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di bawah program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) oleh SME Corp. manakala Funding Societies, sebagai rakan kongsi kewangan yang dilantik, akan memperluaskan penyelesaian pembiayaan digitalnya kepada usahawan belia melalui program Pembiayaan Tunas-i mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp., Rizal Nainy berkata, dana ini  bertepatan  dengan masanya setelah mengambilkira kepentingan golongan belia untuk membantu mereka mencapai pertumbuhan dalam perniagaan masing-masing dalam persekitaran yang sukar kini.

“Kami berharap dapat memanfaatkan kerjasama dengan Funding Societies ini untuk menyediakan penyelesaian pembiayaan jangka pendek yang inovatif dan pantas melalui platform digital untuk PMKS bumiputera.

“Sehubungan itu, kami menjangkakan lebih ramai PMKS bumiputera akan mengambil peluang daripada inisiatif ini bagi memenuhi keperluan pembiayaan mereka, khususnya dalam modal kerja,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Mula diperkenalkan pada 2014, program TUBE bermatlamat menggalakkan belia bumiputera berumur antara 18 – 30 tahun untuk menceburi bidang perniagaan serta membina daya tahan, disiplin dan kepimpinan dalam pengurusan perniagaan.

Melalui pengetahuan berkenaan perniagaan yang diperoleh daripada program TUBE dan sokongan kewangan tambahan, usahawan boleh merancang usaha niaga mereka secara strategik, menginovasi tawaran dan meningkatkan operasi perniagaan mereka dengan berkesan.

Di bawah program TUBE, 7,040 usahawan berdaftar dan alumni TUBE berpeluang memohon Pembiayaan Tunas-i, dengan dokumentasi minimum tanpa sebarang keperluan cagaran.

Program ini menawarkan pembiayaan sehingga RM100,000 dengan tempoh maksimum sehingga 24 bulan pada kadar keuntungan kompetitif hanya dua peratus setahun (p.a.).

PMKS juga boleh mendapat manfaat daripada proses permohonan dalam talian yang diperkemas, dengan kelulusan sepantas dalam tempoh dua hari bekerja. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI