fbpx

Skuad Gergasi Merah bersiap lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHENG HOE bersama skuad Gergasi Merah akan mula merencana perancangan awal bagi saingan Liga M musim 2024.

PIHAK pengurusan Selangor FC enggan ‘goyang kaki’ selepas mula merencana perancangan bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) tahun 2024 walaupun kempen musim ini hanya akan berakhir pada Disember depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Se­langor FC, Dr. Johan Kamal Ha­midon percaya tempoh Disember hingga Mac tahun depan cukup penting buat pasukan dalam usaha membuat persiapan rapi agar dapat memberi aksi lebih kompetitif nanti.

“Pengurusan sudah mula menyusun perancangan tahun depan membabitkan perbelanjaan serta pendapatan selain giat berjumpa dengan pihak penaja.

“Saya harap kita dapat pastikan perancangan berjalan tanpa sebarang gangguan sebelum saingan bermula nanti.

“Bajet lebih kurang sama tetapi kita akan mengharungi musim lebih panjang kerana selalunya kita ada 12 bulan tetapi ada 16 bulan untuk musim baharu termasuk pramusim dan jadual antarabangsa,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Sementara itu, Dr. Johan juga mengakui kemungkinan perbelanjaan bulanan akan meningkat tetapi itu tidak bermakna dana pasukan Gergasi Merah musim depan lebih banyak berbanding sebelum ini.

“Perbelanjaan bulanan pun sama juga tetapi kemungkinan meningkat sedikit kerana ada tambahan beberapa bulan.

“Jumlah bukan meningkat sebab ­banyak duit tetapi kita cuma mahu kekalkan pasukan yang sedia ada.

“Dengan tambahan tiga ke empat bulan itu, kita perlu pastikan ia dapat ditampung dengan baik,” katanya.

Skuad Merah Kuning kendalian Tan Cheng Hoe mendapat ‘durian runtuh’ apabila Kerajaan Negeri Selangor mengesahkan dana RM10 juta akan diberikan pada musim 2024 sempena Belanjawan Se­langor pada Jumaat lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI