fbpx

Pulau Pinang pantau aset, siap siaga hadapi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mooi Lye (empat dari kiri) ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2023 Peringkat Negeri Pulau Pinang di Dataran Robina Eco Park, Teluk Air Tawar, hari ini. -Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Persiapan Kerajaan Negeri dalam menghadapi fasa Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berterusan sehingga Mac tahun depan berjalan lancar.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, H’ng Mooi Lye berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) sentiasa bersiap siaga mendepani sebarang kemungkinan.

Menurutnya, pemantauan aset dijalankan pasukan khas yang bertanggungjawab memeriksa perangkap sampah dan rumah pam bawah Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.

“Perangkap sampah khususnya yang berhampiran kawasan perumahan sentiasa diawasi kerana kita mahu kurangkan risiko banjir kilat.

“Pam bergerak juga dipastikan sentiasa berada dalam keadaan baik kerana kadangkala, ia boleh bermasalah disebabkan sampah yang tersangkut

“Selain itu, kita ada pasukan pekerja yang bertanggungjawab membersihkan halangan di dalam parit bagi memastikan pengaliran air terutamanya di kawasan berisiko banjir lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2023 Peringkat Negeri Pulau Pinang di Robina Ecopark di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI