fbpx

Promosi produk 3 saat catat jualan RM65 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proses jualan satu produk hanya berlangsung selama tiga saat. – Douyin

BEIJING – Seorang peniaga online di China mengundang perhatian netizen kerana  kaedah uniknya mempromosikan produk jualan dalam masa hanya tiga saat tanpa menunjukkan sebarang reaksi wajah, lapor portal berita Must Share News kelmarin.

Zheng Xiangxiang menggunakan platform Douyin untuk mempromosikan pelbagai jenis produk.

Dengan teknik luar biasanya itu, wanita tersebut berjaya menjana jualan sebanyak 100 juta yuan (RM64.7 juta) dalam masa hanya tujuh hari.

Taktik pemasaran Xiangxiang amat mudah, iaitu pembantunya menghulurkan kotak mengandungi produk kepadanya, yang kemudian disambut wanita itu dan membukanya.

Dia kemudian menyebut harga produk yang ditunjukkan sebelum menyimpan kembali dan menolak kotak tersebut. Semua pergerakan itu berlaku dalam masa tiga saat.

Menurut portal berita 8Days, meskipun kotak-kotak yang digunakan menyerupai kotak jenama mewah, produk yang dijual berharga kurang daripada 10 yuan (RM6.47). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI