fbpx

Peluang keemasan Harimau Malaya pada Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Harimau Malaya yang dikendalikan oleh jurulatih import dari Korea Selatan, Kim Pan-gon memiliki peluang cerah untuk meraih tiket kelayakan Piala Dunia 2026.

ATAS kertas, skuad Harimau Malaya yang mendapat sentuhan pengendali import Korea Selatan, Kim Pan-gon dikatakan memiliki peluang keemasan dalam memburu tiket pada kelayakan ketiga Piala Dunia 2026 sebagai dua pasukan terbaik peringkat kumpulan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin memberitahu, selepas diundi dalam kumpulan bersama Oman, Kyrgyztan dan Taiwan, beliau mencongak skuad kendalian Pan-gon agak cerah.

“Andai ditanya tahap keyakinan, saya 55 peratus yakin tetapi kita kena buat kerja dan semua pemain serta jurulatih faham kerana kita perlu berusaha.

“Bukan kata kita berkeyakinan tinggi tetapi pasukan ini boleh ‘makan’ Kyrgyzstan dan Taiwan, jika Oman pula kita 50-50 kerana pasukan itu lebih kurang seperti Jordan dan Bahrain,” kata Hamidin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI